Friday, October 25, 2024
22.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Berkenan menerima mengadap

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 OKT – Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Timbalan Sultan berkenan menerima mengadap menteri-menteri ASEAN dan ketua-ketua delegasi yang menghadiri Mesyuarat Menteri-menteri ASEAN Mengenai Pengurusan Bencana ke-12 (AMMDM) yang sedang berlangsung di Negara Brunei Darussalam bermula 24 hingga 25 Oktober, pada mana, Negara Brunei Darussalam adalah selaku pengerusi bagi mesyuarat berkenaan bagi 2024.

    Semasa majlis mengadap yang berlangsung di Qasr Al-Mezan, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih atas kedatangan menteri-menteri ASEAN ke Negara Brunei Darussalam dan komitmen yang diberikan bagi meningkatkan kerjasama ASEAN dalam meningkatkan kedayatahanan rantau ini dalam pengurusan bencana dan ke arah memupuk ASEAN yang lebih selamat dan berdayatahan.

    Hadir bagi mengetuai majlis mengadap berkenaan ialah Menteri Hal Ewhal Dalam Negeri, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman selaku pengerusi AMMDM ke-12.

    Hadir sama semasa ialah Timbalan Setiausaha Agung ASEAN, Nararya S. Soeprapto dan Pengarah Eksekutif Pusat Koordinasi ASEAN untuk Bantuan Kemanusiaan dan Pengurusan Bencana (Pusat AHA), Lee Yam Ming.

    AMMDM berfungsi sebagai platform bagi negara-negara anggota ASEAN untuk mengkaji dan membincangkan pelaksanaan strategi dan dasar serantau mengenai pengurusan bencana terutama dalam pengurangan risiko bagi meningkatkan daya tahan bencana di rantau ini.

    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Timbalan Sultan berkenan menerima mengadap menteri-menteri ASEAN dan ketua-ketua delegasi yang menghadiri Mesyuarat Menteri-menteri ASEAN Mengenai Pengurusan Bencana ke-12 (AMMDM), yang berlangsung di Qashr Al-Meezan, kelmarin. – GAMBAR OLEH INFOFOTO
    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota berkenan menerima sembah penerangan daripada Lee Yam Ming dan diiringi oleh Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ahmaddin. – GAMBAR OLEH INFOFOTO
    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah berkenan bergambar ramai pada majlis mengadap menteri-menteri ASEAN dan ketua-ketua delegasi yang menghadiri Mesyuarat AMMDM ke-12. – GAMBAR OLEH INFOFOTO
    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota semasa berkenan menerima pesambah daripada Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. – GAMBAR OLEH INFOFOTO

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda