BANDAR SERI BEGAWAN, 26 NOV – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu‘izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, petang ini berkenan menerima mengadap Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Luke Lazarus Arnold yang akan menamatkan perkhidmatan pada majlis yang berlangsung di Istana Nurul Iman.
Tuan Yang Terutama telah menyembahkan surat tauliah pelantikan kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia pada 24 Mei 2022.