Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha berkenan menerima mengadap isteri Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Luke Lazarus Arnold, iaitu Puan Leliana Setiona, yang akan menamatkan perkhidmatan pada majlis yang berlangsung di Istana Nurul Iman.