BANDAR SERI BEGAWAN, 26 DIS – Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Timbalan Sultan, pagi tadi berkenan menerima mengadap Duta Besar Istimewa dan Mutlak Kemboja ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Lim Hokseng, yang akan menamatkan perkhidmatan, pada majlis yang berlangsung di Qashr Al-Meezaan.
Tuan Yang Terutama telah menyembahkan surat tauliah pelantikan kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 28 Februari 2023.