Friday, February 14, 2025
22.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Berkenan menerima mengadap

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 FEB – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu‘izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, hari ini berkenan menerima mengadap Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tuan Yang Terutama Tun Dato Seri Paduka Datuk Seri Panglima (Dr) Musa bin Haji Aman, dan isteri, Toh Puan Datin Seri Panglima Datuk Hajah Faridah binti Haji Tussin, sempena kunjungan hormat Tuan Yang Terutama dan isteri, pada majlis yang berlangsung di Istana Nurul Iman.

    Semasa majlis mengadap tersebut, Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan TYT Yang di-Pertua Negeri Sabah telah berbincang mengenai usaha bagi mengukuhkan lagi kerjasama dua hala di antara Negara Brunei Darussalam dan Negeri Sabah dalam bidang-bidang berkepentingan bersama.

    Berangkat sama ke majlis mengadap tersebut ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri (JPM); Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah; dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah.

    Juga hadir ialah Menteri di JPM dan Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Halbi bin Haji Mohd Yussof, selaku Menteri Pengiring dan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Erywan bin Pehin Datu Pekerma Jaya Haji Mohd Yusof.

    Selesai majlis mengadap tersebut, Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri kemudian berangkat menghadiri Majlis Santap Tengah Hari bersama TYT Yang di-Pertua Negeri Sabah dan isteri.

    Ini merupakan lawatan rasmi pertama Tuan Yang Terutama ke Negara Brunei Darussalam sejak mengangkat sumpah sebagai Yang di-Pertua Negeri Sabah ke-11 pada 1 Januari lalu, yang mana lawatan tersebut mencerminkan hubungan rapat yang telah lama terjalin di antara Negara Brunei Darussalam dan Negeri Sabah.

    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu‘izzaddin Waddaulah dan KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, kelmarin berkenan menerima mengadap Yang di-Pertua Negeri Sabah, TYT Tun Dato Seri Paduka Datuk Seri Panglima (Dr) Musa dan isteri, sempena kunjungan hormat Tuan Yang Terutama dan isteri, pada majlis yang berlangsung di Istana Nurul Iman. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu‘izzaddin Waddaulah dan KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha berkenan menerima mengadap TYT Tun Dato Seri Paduka Datuk Seri Panglima (Dr) Musa dan isteri, Toh Puan Datin Seri Panglima Datuk Hajah Faridah pada majlis yang berlangsung di Istana Nurul Iman. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah berkenan berangkat ke majlis mengadap yang berlangsung di Istana Nurul Iman. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    YTM Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah dan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah berkenan berangkat ke majlis mengadap di Istana Nurul Iman. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda