Wednesday, April 23, 2025
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Berkenan menerima mengadap

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 APRIL – Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri (JPM), pagi tadi berkenan menerima mengadap ketua-ketua perwakilan Negara Brunei Darussalam yang baru dilantik dan ketua-ketua perwakilan asing ke Negara Brunei Darussalam yang baharu, pada majlis yang berlangsung di Qashr Al-Meezaan.

    Ketua-ketua perwakilan Negara Brunei Darussalam yang baru dilantik ialah Wakil Tetap Negara Brunei Darussalam ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di New York, Amerika Syarikat, Puan Yang Terutama Pengiran Hairani binti Pengiran Tajuddin; Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Amman, Kerajaan Hasyimiah Jordan, PYT Hajah Nor Huda binti Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Haji Ahmad.

    Manakala ketua-ketua perwakilan asing ke Negara Brunei Darussalam yang baharu tersebut ialah Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Korea ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Sun Nahmkook; Pesuruhjaya Tinggi Republik Rakyat Bangladesh ke Negara Brunei Darussalam, PYT Naureen Ahsan; Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Negara Brunei Darussalam, TYT Datuk Mohd Aini bin Atan; Pesuruhjaya Tinggi Republik Islam Pakistan ke Negara Brunei Darussalam, TYT Janbaz Khan; Duta Besar Istimewa dan Mutlak Jepun ke Negara Brunei Darussalam, TYT Kikuta Yutaka; Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Negara Brunei Darussalam, TYT Michael Neil Hoy dan Duta Besar Istimewa dan Mutlak Kemboja ke Negara Brunei Darussalam, TYT Chey Ratha.

    Kelmarin, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan mengurniakan surat-surat watikah pelantikan kepada ketua-ketua perwakilan Negara Brunei Darussalam yang baharu dan juga menerima surat-surat tauliah pelantikan daripada ketua-ketua perwakilan asing yang baharu ke Negara Brunei Darussalam di Istana Nurul Iman.

    Turut hadir pada majlis mengadap tersebut ialah Timbalan Menteri di JPM, Dato Seri Paduka Mohammed Riza bin Dato Paduka Haji Mohammed Yunos; Setiausaha Tetap, Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri, Haji Muhammad Fakhri bin Haji Mohd Taib dan Timbalan Setiausaha Tetap di JPM selaku Pemangku Grand Chamberlain, Pengiran Haji Raffizanna bin Pengiran Haji Razali.

    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah berkenan dijunjung bergambar ramai bersama PYT Pengiran Hairani dan PYT Hajah Nor Huda pada majlis yang berlangsung di Qashr Al-Meezaan. – GAMBAR OLEH INFOFOTO
    ATAS & BAWAH: DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota berkenan menerima mengadap TYT Datuk Mohd Aini, TYT Janbaz Khan, PYT Naureen Ahsan dan TYT Chey Ratha. – GAMBAR OLEH INFOFOTO
    GAMBAR OLEH INFOFOTO
    GAMBAR OLEH INFOFOTO
    GAMBAR OLEH INFOFOTO
    ATAS & BAWAH: DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota berkenan menerima mengadap TYT Sun Nahmkook, TYT Michael Neil Hoy dan TYT Kikuta Yutaka. – GAMBAR OLEH INFOFOTO
    GAMBAR OLEH INFOFOTO
    GAMBAR OLEH INFOFOTO

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda