Monday, May 5, 2025
26.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Berkenan menerima mengadap

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 MEI – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha berkenan menerima mengadap secara berasingan ketua-ketua perwakilan Negara Brunei Darussalam yang baru dilantik, isteri-isteri ketua-ketua perwakilan asing ke Brunei dan mengadap perpisahan Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Demokratik Laos ke Brunei.

    Pada majlis yang berlangsung di Istana Nurul Iman, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri mula-mula berkenan menerima mengadap Wakil Tetap Brunei ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di New York, Amerika Syarikat, Puan Yang Terutama Pengiran Hairani binti Pengiran Tajuddin dan Duta Besar Istimewa dan Mutlak Brunei ke Kerajaan Hasyimiah Jordan, PYT Hajah Nor Huda binti Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Haji Ahmad.

    Kemudian, diteruskan dengan Pesuruhjaya Tinggi Republik Rakyat Bangladesh ke Brunei, PYT Naureen Ahsan; isteri Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei, Datin Zaeidah binti Mohamed Esa; isteri Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Brunei, Heather Mc Intyr dan isteri Duta Besar Istimewa dan Mutlak Kemboja ke Brunei, So Sotheary.

    Sejurus selepas itu, Baginda Raja Isteri berkenan menerima mengadap perpisahan Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Demokratik Laos ke Brunei, PYT Sengdavanh Vongsay.

    KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha berkenan menerima mengadap isteri Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei, Datin Zaeidah binti Mohamed Esa pada majlis mengadap ketua-ketua perwakilan Negara Brunei Darussalam yang baru dilantik dan isteri-isteri ketua-ketua perwakilan asing ke Brunei pada majlis yang berlangsung di Istana Nurul Iman. – GAMBAR OLEH INFOFOTO
    KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha berkenan dijunjung bergambar ramai bersama PYT Pengiran Hairani, PYT Hajah Nor Huda, PYT Naureen Ahsan, Datin Zaeidah, Heather Mc Intyr dan So Sotheary. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha semasa berkenan menerima mengadap PYT Sengdavanh Vongsay. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha berkenan menerima mengadap PYT Pengiran Hairani pada majlis yang berlangsung di Istana Nurul Iman. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda