Sabtu, 22 November 2025
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Berkenan menerima mengadap

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 MEI – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, hari ini berkenan menerima mengadap Panglima Pasukan Pertahanan Timor-Leste, Tuan Yang Terutama Leftenan Jeneral Domingos Raul ‘Falur Rate Laek’ yang berlangsung di Istana Nurul Iman.

    Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah berkenan menerima Panglima Pasukan Pertahanan Republik Demokratik Timor Leste, TYT Leftenan Jeneral Domingos Raul ‘Falur Rate Laek’. 

    Menyertai TYT Leftenan Jeneral Domingos Raul ‘Falur Rate Laek’ pada majlis mengadap berkenaan ialah Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Demokratik Timor-Leste ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Abel Guterres.

    Baginda Sultan berkenan menerima pesembah dari TYT Leftenan Jeneral Domingos Raul ‘Falur Rate Laek’. Turut serta adalah Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Demokratik Timor-Leste ke Negara Brunei Darussalam, TYT Abel Guterres.
    Baginda Sultan berkenan bergambar bersama TYT Leftenan Jeneral Domingos Raul ‘Falur Rate Laek’ dan juga TYT Abel Guterres.- GAMBAR-GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI & RAFI ROSLI

    Sementara itu, di ruang berasingan di Istana Nurul Iman, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha berkenan menerima mengadap isteri kepada Panglima Pasukan Pertahanan Timor-Leste, Rosa Maria Quintão dan isteri kepada Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Demokratik Timor-Leste ke Negara Brunei Darussalam, Ana Guterres.

    Negara Brunei Darussalam dan Republik Demokratik Timor-Leste telah menjalinkan hubungan diplomatik dua hala yang mesra dan harmoni, berlandaskan prinsip saling menghormati serta aspirasi serantau yang seiring.

    Hubungan diplomatik di antara kedua-dua buah negara telah dimeterai secara rasmi pada 20 Mei 2002. Meskipun kerjasama dalam bidang pertahanan masih pada skala yang agak sederhana, kedua-dua negara terus mengekalkan penglibatan yang membina terutamanya menerusi platform pelbagai hala seperti Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

    Lawatan berkenaan merupakan lawatan pertama TYT Leftenan Jeneral Domingos Raul ‘Falur Rate Laek’ ke Negara Brunei Darussalam sejak beliau dilantik menjadi Panglima Pasukan Pertahanan Timor-Leste pada 2 Februari 2022 dan akan berada di sini untuk lawatan rasmi selama empat hari bermula 12 hingga 15 Mei.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda