BANDAR SERI BEGAWAN, 14 JULAI – Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, pagi tadi berkenan menerima mengadap Pesuruhjaya Tinggi Kanada ke Negara Brunei Darussalam yang akan menamatkan perkhidmatan, Puan Yang Terutama Ambra Dickie, pada majlis yang berlangsung di Qashr Al-Meezaan.
Puan Yang Terutama telah menyembahkan Surat Tauliah Pelantikan kehadapan majlis Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 20 Oktober 2022.