Wednesday, July 16, 2025
28.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Berkenan menerima mengadap

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 JULAI – Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah berkenan menerima mengadap Menteri Undang-undang dan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Kedua, Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Edwin Tong dan isteri, Au Huey Ling pada majlis yang berlangsung di Qashr Al-Meezaan, hari ini.

    Menurut Pelita Brunei, turut hadir pada majlis mengadap tersebut ialah Pesuruhjaya Tinggi Republik Singapura ke Negara Brunei Darussalam, TYT Laurence Bay Siow Hon.

    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah berkenan menerima mengadap TYT Edwin Tong pada majlis yang berlangsung di Qashr Al-Meezaan, kelmarin. – GAMBAR OLEH INFOFOTO
    YTM Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah berkenan menerima mengadap Au Huey Ling pada majlis berkenaan. – GAMBAR OLEH INFOFOTO

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda