Sabtu, 22 November 2025
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Berkenan menerima mengadap

    Oleh Sim Y. H. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 OKT – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, hari ini berkenan menerima mengadap Ketua Turus Angkatan Bersenjata Republik Filipina, Tuan Yang Terutama Jeneral Romeo Saturnino Brawner Jr dalam majlis mengadap yang berlangsung di Istana Nurul Iman.

    Menyertai TYT Jeneral Romeo Saturnino Brawner Jr ialah Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Filipina ke Negara Brunei Darussalam, PYT Marian Jocelyn R Tirol-Ignacio.

    Sementara itu, di ruang berasingan di Istana Nurul Iman, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha berkenan menerima mengadap isteri kepada Ketua Turus Angkatan Bersenjata Republik Filipina, Melody Valeros.

    Negara Brunei Darussalam dan Republik Filipina menikmati hubungan dua hala yang rapat dan kian lama terjalin, yang diperkukuhkan lagi melalui pemeteraian memorandum persefahaman dalam kerjasama pertahanan pada 22 Ogos 2001 serta menerusi kerjasama pertahanan yang berterusan di pelbagai platform pelbagai hala.

    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ketika berkenan menerima mengadap Ketua Turus Angkatan Bersenjata Republik Filipina, TYT Jeneral Romeo Saturnino Brawner Jr pada majlis mengadap yang berlangsung di Istana Nurul Iman. – GAMBAR OLEH KHAYR ZAKARIYYA
    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah berkenan menerima mengadap TYT Jeneral Romeo Saturnino Brawner Jr di Istana Nurul Iman, kelmarin. – GAMBAR OLEH KHAYR ZAKARIYYA
    KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha berkenan menerima mengadap Melody Valeros (dua kiri). – GAMBAR OLEH KHAYR ZAKARIYYA

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda