Ahad, 23 November 2025
24.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Berkenan menerima mengadap

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 OKT – Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri (JPM), pagi tadi berkenan menerima mengadap ketua-ketua perwakilan Negara Brunei Darussalam yang baru dilantik dan ketua-ketua perwakilan asing ke Negara Brunei Darussalam yang baharu, yang berlangsung di Qashr Al-Meezaan.

    Ketua-ketua perwakilan Negara Brunei Darussalam yang baru dilantik tersebut ialah Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Amerika Syarikat, Tuan Yang Terutama Adnan bin Haji Mohd Ja’afar; Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Jepun, TYT Wan Hadfi Lutfan bin Haji Abdul Latif; Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Kuwait, TYT Haji Sulaini bin Haji Said; Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Republik Kesatuan Myanmar, TYT Kapten (B) Haji Mohamad Sarif Pudin bin Matseruddin; Pesuruhjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam ke Kanada, PYT Ang Lay Ling; Pesuruhjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam ke Republik India, PYT Siti Arnyfariza binti Haji Mohd Jaini.

    Manakala ketua-ketua perwakilan asing ke Negara Brunei Darussalam yang baharu tersebut ialah Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Kesatuan Myanmar ke Negara Brunei Darussalam, TYT U Sein Oo; Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Demokratik Rakyat Laos ke Negara Brunei Darussalam, TYT Heuankeo Sangsomsak; Pesuruhjaya Tinggi Republik India ke Negara Brunei Darussalam, TYT Ramu Abbagani; Pesuruhjaya Tinggi Kanada ke Negara Brunei Darussalam, TYT Tamer Mansy; dan Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Persekutuan Jerman ke Negara Brunei Darussalam, TYT Weert Borner.

    Pada 18 Oktober, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan mengurniakan surat-surat watikah pelantikan kepada ketua-ketua perwakilan Negara Brunei Darussalam yang baharu, dan menerima surat-surat tauliah pelantikan daripada ketua-ketua perwakilan asing yang baharu ke Negara Brunei Darussalam.

    Turut hadir pada majlis mengadap tersebut ialah Timbalan Menteri di JPM, Dato Seri Paduka Mohammed Riza bin Dato Paduka Haji Mohammed Yunos.

    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah berkenan dijunjung bergambar ramai bersama TYT Adnan, TYT Wan Hadfi Lutfan, TYT Haji Sulaini, TYT Kapten (B) Haji Mohamad Sarif Pudin, PYT Ang Lay Ling dan PYT Siti Arnyfariza. – GAMBAR OLEH INFOFOTO
    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota berkenan menerima mengadap TYT U Sein Oo. – GAMBAR OLEH INFOFOTO
    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota berkenan dijunjung bergambar bersama Pesuruhjaya Tinggi Republik India ke Negara Brunei Darussalam yang baharu. – GAMBAR OLEH INFOFOTO
    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota berkenan menerima junjung ziarah daripada Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Persekutuan Jerman ke Negara Brunei Darussalam yang baharu. – GAMBAR OLEH INFOFOTO
    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota berkenan menerima junjung ziarah daripada TYT Tamer Mansy. – GAMBAR OLEH INFOFOTO
    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota berkenan dijunjung bergambar bersama TYT Heuankeo Sangsomsak. – GAMBAR OLEH INFOFOTO

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda