Sabtu, 22 November 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Berkenan menerima mengadap

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 NOV – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, berkenan menerima mengadap Pengerusi Jawatankuasa Ketua-ketua Turus Bersama, Angkatan Tentera Pakistan, Jeneral Sahir Shamshad Mirza yang berlangsung di Istana Nurul Iman, hari ini.
     
    Menyertai Jeneral Sahir Shamsad Mirza ialah Pesuruhjaya Tinggi Pakistan ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Janbaz Khan. 
     
    Negara Brunei Darussalam dan Republik Islam Pakistan menikmati hubungan dua hala yang rapat dan kian lama terjalin, yang diperkukuhkan lagi melalui pemeteraian dua memorandum persefahaman (MoU) iaitu MoU Kerjasama Pertahanan dan MoU tentang Memerangi Keganasan dan Jenayah Rentas Sempadan pada 19 Mei 2004, yang juga membawa kepada penubuhan Jawatankuasa Kerja Pertahanan Bersama di antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Islam Pakistan.
     
    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah semasa berkenan menerima pesambah daripada Pengerusi Jawatankuasa Ketua-ketua Turus Bersama, Angkatan Tentera Pakistan, Jeneral Sahir Shamshad Mirza pada majlis mengadap yang berlangsung di Istana Nurul Iman, kelmarin. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah semasa berkenan dijunjung bergambar ramai bersama rombongan Angkatan Tentera Pakistan. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    ATAS & BAWAH : Baginda Sultan berkenan menerima pesambah daripada Jeneral Sahir Shamshad Mirza. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda