Khamis, November 20, 2025
26.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Berkenan menerima mengadap

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 NOV –  Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu‘izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, petang ini berkenan menerima mengadap Menteri Negara bagi Hal Ehwal Luar Negeri, Kerajaan Qatar, Tuan Yang Terutama Soltan bin Saad Al-Muraikhi, yang mengadakan lawatan kerja ke negara ini selama tiga hari.
     
    Lawatan Tuan Yang Terutama bertujuan untuk meningkatkan lagi kerjasama serta menerokai bidang-bidang yang saling bermanfaat kepada Negara Brunei Darussalam dan Qatar.
     
    Hubungan diplomatik antara Negara Brunei Darussalam dan Qatar mula terjalin pada 2 Oktober 1991, di mana kedua-dua buah negara mempunyai kerjasama baik dalam bidang perdagangan dan pertukaran rakyat.
     
    Menyertai Tuan Yang Terutama ialah Duta Besar Istimewa dan Mutlak Qatar ke Negara Brunei Darussalam yang dilantik, TYT Abdullah Hamad Ali Al-Adham Al-Marri.
     
    Juga hadir semasa majlis mengadap tersebut ialah Menteri Hal Ehwal Luar Negeri Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Erywan bin Pehin Datu Pekerma Jaya Haji Mohammad Yusof  dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato Seri Paduka Mohd Riza bin Dato Paduka Haji Mohd Yunos.
     
    Majlis mengadap tersebut telah berlangsung di Istana Nurul Iman.
     
    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu‘izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam semasa berkenan menerima mengadap Menteri Negara bagi Hal Ehwal Luar Negeri, Kerajaan Qatar, TYT Soltan bin Saad Al-Muraikhi (tengah), yang mengadakan lawatan kerja ke negara ini selama tiga hari pada majlis yang berlangsung di Istana Nurul Iman. – GAMBAR OLEH INFOFOTO
    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu‘izzaddin Waddaulah berkenan menerima mengadap TYT Soltan pada majlis yang berlangsung di Istana Nurul Iman. – GAMBAR OLEH INFOFOTO
    GAMBAR OLEH INFOFOTO
    GAMBAR OLEH INFOFOTO
    Antara yang turut hadir pada majlis berkenaan. – GAMBAR OLEH INFOFOTO
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda