Oleh Muiz Matdani
BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Nov – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, hari ini, telah berkenan menerima mengadap Mufti Wilayah Persekutuan Malaysia, Sahibus Samahah Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri di Istana Nurul Iman.
Menyertai sama Mufti Wilayah Persekutuan Malaysia pada majlis tersebut ialah Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan Malaysia, Haji Hashim bin Salleh.
Turut hadir ialah Mufti Kerajaan Brunei, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.

