Gambar Infofoto
BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Julai – Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri hari ini berkenan menerima mengadap Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Indonesia ke Negara Brunei Darussalam yang baru dilantik, Tuan Yang Terutama Dr. Sujatmiko (kanan) di Qashr Al-Meezan.
TYT sebelum ini bertugas sebagai Timbalan Menteri Bidang Koordinasi Perlindungan Perempuan dan Anak, Kementerian Koordinator Bidang Pembangunan Manusia dan Kebudayaan, Republik Indonesia.
Beliau telah menyembahkan surat tauliah pelantikannya kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 7 Julai lalu.