Berkenan menerima mengadap

Oleh Muiz Matdani

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Nov – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha berkenan menerima mengadap ketua-ketua delegasi dan isteri orang kenamaan yang menghadiri Simposium Tekstil Tradisional ASEAN ke- 6 di Negara Brunei Darussalam.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Baginda Raja Isteri telah berkenan menerima mengadap wakil dari Malaysia, Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah; wakil dari Indonesia, Gusti Kanjeng Bandoro Raden Ayu Adipati Paku Alam dan Dr. Mariah Woworuntu Sidiq; wakil dari Filipina, Maribel Ong; wakil dari Thailand, Jampee Thatamasiri; wakil dari Myanmar, Nang Lao Ngin; wakil dari Laos, Dr. Linda Susan Mclntosh; wakil dari Vietnam, Dr. Nguyen Thi Ngan dan wakil dari Negara Brunei Darussalam, Dr. Siti Norkhalbi Haji Wahsalfelah.

Turut berkenan berangkat ke majlis yang berlangsung di Istana Nurul Iman petang tadi ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha ketika berkenan menerima mengadap ketua-ketua delegasi dan isteri orang kenamaan di Istana Nurul Iman kelmarin. – Gambar oleh Muiz Matdani
Baginda Raja Isteri ketika berkenan menerima mengadap Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang. – Infofoto
Baginda Raja Isteri ketika berkenan menerima mengadap salah seorang ketua delegasi kelmarin. – Infofoto