Gambar oleh Muiz Matdani
BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Ogos – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam hari ini berkenan menerima mengadap 11 orang ketua-ketua delegasi yang menghadiri Persidangan Pendakwa Raya China-ASEAN ke-11 yang diadakan di sini pada 14 hingga 15 Ogos dalam majlis yang berlangsung di Istana Nurul Iman.
Berangkat sama ke majlis tersebut ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri.
Pada majlis mengadap itu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan menerima mengadap ketua-ketua delegasi dari negara-negara yang menyertai seminar tersebut terdiri daripada Peguam Cara Negara, Republik Rakyat China, Tuan Yang Terutama (TYT) Zhang Jun; Pendakwa Raya Kemboja, Puan Yang Terutama (PYT) Chea Leang; Peguam Bela Kanan (S.C), Peguam Negara, Republik Singapura, TYT Wong Yuen Kuai Lucien; Timbalan Pendakwa Raya Supreme People, Republik Demokratik Rakyat Laos, TYT Xaysana Khotphouphone; Timbalan Peguam Negara, Republik Kesatuan Myanmar, TYT Win Myint; Timbalan Peguam Negara, Republik Indonesia, TYT Dr Arminsyah; Peguam Cara Negara II (Kedua) Malaysia, PYT Datin Paduka Zauyah Be binti T Loth Khan; Inspektor Jeneral Kerajaan Thailand, TYT Nattachak Pattamasingh Na Ayuthaya; Timbalan Pendakwa Raya Republik Sosialis Vietnam, TYT Tran Cong Phan; Peguam Bela Kanan (S.C), Pengarah Pendakwaan Awam, Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong, TYT David Leung Cheuk-Yin dan Pendakwa Raya Wilayah Pentadbiran Khas Macau, TYT Ip Son Sang.
Turut hadir pada majlis tersebut ialah Peguam Negara, Yang Berhormat Dato Paduka Haji Hairol Arni bin Haji Abdul Majid dan Peguam Cara Negara, Dayang Zuraini binti Haji Sharbawi.


