Sunday, December 22, 2024
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Berkenan menerima mengadap

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Jan – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, petang tadi berkenan menerima mengadap Menteri Luar Thailand, Tuan Yang Terutama Don Pramudwinai, yang mengadakan lawatan rasmi ke negara ini selama dua hari.

    Semasa majlis mengadap di Istana Nurul Iman, Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan TYT Don Pramudwinai telah berbincang mengenai isu-isu dua hala di antara Negara Brunei Darussalam dan Thailand serta bertukar-tukar pandangan tentang hal ehwal serantau dan antarabangsa.

    Menyertai bersama TYT Don Pramudwinai pada majlis mengadap itu ialah Duta Besar Istimewa dan Mutlak Thailand ke Negara Brunei Darussalam, TYT Biravij Suwanpradhes.

    Juga hadir ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan II (Kedua), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Dewa Dato Seri Setia Lim Jock Seng.

    Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ketika berkenan menerima mengadap TYT Don Pramudwinai di Istana Nurul Iman. – Gambar oleh Muiz Matdani
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda