Sunday, April 20, 2025
31.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Berkenan menerima mengadap

    Gambar oleh Infofoto

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Feb – Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, pagi tadi berkenan menerima mengadap Timbalan Perdana Menteri, dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Malaysia, Puan Yang Terutama Datuk Seri Dr Wan Azizah Dr Wan Ismail di Qashr Al-Meezaan, hari ini.

    Berangkat sama di Majlis Mengadap tersebut ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna, Ambassador-at-Large di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri.

    Menyertai bersama PYT Datuk Seri Dr Wan Azizah pada Majlis Mengadap tersebut ialah Timbalan Menteri Luar Malaysia, Senator Datuk Marzuki bin Yahya; Timbalan Ketua Setiausaha, Raja Datuk Nushirwan bin Zainal Abidin; Ketua Pengarah, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) Datuk Mohtar bin Mohd Abdul Rahman dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Negara Brunei Darussalam (Designate), Tuan Yang Terutama Ismail bin Salam.

    Juga hadir di majlis tersebut ialah Menteri Hal Ehwal Luar Negeri II, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Erywan bin Pehin Datu Pekerma Jaya Haji Mohd Yusof dan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

    Selepas Majlis Mengadap tersebut, Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Muda Mahkota berkenan berangkat bersama-sama PYT Datuk Seri Dr Wan Azizah untuk Majlis Santap Tengah Hari.

    Turut berkenan berangkat ke Majlis Santap Tengah Hari ialah Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Puteri Hajah Masna.

    PYT Datuk Seri Dr Wan Azizah berada di Negara Brunei Darussalam dalam rangka lawatan rasmi selama dua hari.

    Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri berkenan menerima mengadap Timbalan Perdana Menteri, dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Malaysia, Puan Yang Terutama Datuk Seri Dr Wan Azizah Dr Wan Ismail di Qashr Al-Meezaan, kelmarin.
    DYTM Pengiran Muda Mahkota ketika berkenan mengalu-alukan ketibaan PYT Datuk Seri Dr Wan Azizah.
    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah semasa berkenan menerima mengadap PYT Datuk Seri Dr Wan Azizah di Qashr Al-Meezaan, kelmarin. Turut berangkat ialah YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna.
    DYTM Pengiran Muda Mahkota berkenan mengurniakan cenderamata kepada PYT Datuk Seri Dr Wan Azizah.
    DYTM Pengiran Muda Mahkota berkenan menerima pesambah daripada PYT Datuk Seri Dr Wan Azizah. Turut berangkat YTM Pengiran Anak Puteri Hajah Masna.
    DYTM Pengiran Muda Mahkota ketika berkenan disembahkenalkan kepada rombongan yang diketuai oleh PYT Datuk Seri Dr Wan Azizah.
    DYTM Pengiran Muda Mahkota semasa berkenan berangkat ke Majlis Santap Tengah Hari bersama PYT Datuk Seri Dr Wan Azizah, kelmarin.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda