Berkenan menerima mengadap Duta Republik Rakyat China

DULI Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri pagi tadi berkenan menerima mengadap Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Rakyat China ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Yang Jian yang bakal menamatkan perkhidmatannya, pada majlis yang berlangsung di Qashr Al-Meezan.

Puan Yang Terutama telah menyembahkan surat tauliah pelantikannya kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 26 Januari 2015. – Gambar Infofoto