Berkenan menerima mengadap ketua-ketua perwakilan asing

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 SEPT – Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, pagi tadi berkenan menerima mengadap secara berasingan ketua-ketua perwakilan asing yang akan menamatkan perkhidmatan, pada majlis yang berlangsung di Qashr Al-Meezaan.

Duli Yang Teramat Mulia mula-mula berkenan menerima mengadap Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Filipina ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Christopher B Montero.

Tuan Yang Terutama telah menyembahkan Surat Tauliah Pelantikan kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 18 September 2019.

Duli Yang Teramat Mulia seterusnya berkenan menerima mengadap Duta Besar Istimewa dan Mutlak Thailand ke Negara Brunei Darussalam, PYT Wanthanee Viputwongsakul. Puan Yang Terutama telah menyembahkan Surat Tauliah Pelantikan kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia pada 4 Februari 2019.

DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, semasa berkenan menerima mengadap Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Filipina ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Christopher B Montero yang bakal menamatkan perkhidmatannya pada majlis yang berlangsung di Qashr Al-Meezaan.- Gambar oleh Infofoto
DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah semasa berkenan menerima mengadap PYT Wanthanee Viputwongsakul. – Gambar oleh Infofoto