Friday, December 27, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Berkenan menerima mengadap ketua perwakilan baharu

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 OGOS – Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, berkenan menerima mengadap ketua perwakilan Negara Brunei Darussalam yang baru dilantik dan ketua-ketua perwakilan asing ke Negara Brunei Darussalam baharu pada majlis yang berlangsung di Qashr Al-Meezaan, pagi tadi.

    Duli Yang Teramat Mulia mula-mula berkenan menerima mengadap Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Emiriah Arab Bersatu, Tuan Yang Terutama Haji Ahmad bin Haji Jumat.

    Ketua perwakilan Negara Brunei Darussalam yang baru dilantik tersebut menerima Surat Watikah Pelantikan daripada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 17 Ogos 2024.

    Duli Yang Teramat Mulia seterusnya berkenan menerima mengadap Pesuruhjaya Tinggi British ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Alexandra McKenzie dan Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Perancis ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Eve Lubin.

    Ketua-ketua perwakilan asing yang baharu ke Negara Brunei Darussalam tersebut telah menyembahkan surat-surat tauliah pelantikan kehadapan majlis Baginda Sultan pada 17 Ogos 2024.

    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah berkenan menerima mengadap TYT Haji Ahmad pada majlis yang berlangsung di Qashr Al-Meezaan, kelmarin. – GAMBAR SERAHAN INFOFOTO
    ATAS & BAWAH : DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota berkenan menerima mengadap PYT Alexandra McKenzie dan PYT Eve Lubin di Qashr Al-Meezaan, kelmarin. – GAMBAR SERAHAN INFOFOTO
    GAMBAR SERAHAN INFOFOTO

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda