Wednesday, April 30, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Berkenan menerima mengadap Menteri Pertanian dan Perhutanan Laos

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 APRIL – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, petang tadi, berkenan menerima mengadap Menteri Pertanian dan Perhutanan, Republik Demokratik Rakyat Laos, Tuan Yang Terutama Profesor Madya Dr Linkham Douangsavanh, yang berada di negara ini sehingga 30 April.

    Majlis mengadap tersebut berlangsung di Istana Nurul Iman.

    Menyertai TYT Profesor Madya Dr Linkham Douangsavanh ialah Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Demokratik Rakyat Laos ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Sengdavanh Vongsay dan pegawai-pegawai kanan dari Kementerian Pertanian dan Perhutanan Laos.

    Brunei dan Laos telah menjalinkan hubungan dua hala melalui hubungan diplomatik pada 27 Julai 1993 dan satu pencapaian penting dalam hubungan dua hala ini adalah kerjasama pertanian melalui penandatanganan memorandum persefahaman dalam kerjasama pertanian pada 25 Oktober 2022.

    Turut hadir ialah Menteri Sumber-sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato Seri Paduka Mohd Riza bin Dato Paduka Haji Mohd Yunos.

    TYT Profesor Madya Dr Linkham Douangsavanh berada di negara ini bagi menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Bersama ke-2 antara Kementerian Pertanian dan Perhutanan Laos dan Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan Brunei.

    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, petang kelmarin, berkenan menerima mengadap Menteri Pertanian dan Perhutanan, Republik Demokratik Rakyat Laos, TYT Profesor Madya Dr Linkham Douangsavanh pada majlis yang berlangsung di Istana Nurul Iman. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah berkenan menerima pesambah daripada TYT Profesor Madya Dr Linkham Douangsavanh. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    Baginda Sultan berkenan menerima mengadap TYT Profesor Madya Dr Linkham Douangsavanh di Istana Nurul Iman. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda