Oleh Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 15 APRIL – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu‘izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menerima mengadap Pesuruhaya Tinggi India ke Negara Brunei Darussalam yang akan menamatkan perkhidmatan, Tuan Yang Terutama Alok Amitabh Dimri, di Istana Nurul Iman, hari ini.
TYT Alok Amitabh Dimri telah menyembahkan Surat Tauliah Pelantikan kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 24 Mei 2022.
