BANDAR SERI BEGAWAN, 19 MEI – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu‘izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, petang ini, berkenan menerima mengadap Pesuruhjaya Tinggi British ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Alexandra McKenzie yang akan menamatkan perkhidmatan pada majlis yang berlangsung di Istana Nurul Iman.
Puan Yang Terutama telah menyembahkan surat tauliah pelantikan kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia pada 17 Ogos 2024.
KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, kelmarin, berkenan menerima pesambah daripada Pesuruhjaya Tinggi British ke Negara Brunei Darussalam, PYT Alexandra McKenzie yang akan menamatkan perkhidmatan, pada majlis yang berlangsung di Istana Nurul Iman. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLIATAS & BAWAH : KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu‘izzaddin Waddaulah semasa berkenan menerima mengadap PYT Alexandra McKenzie. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLIGAMBAR OLEH RAFI ROSLI