Oleh Nurdiyanah R. –
BANDAR SERI BEGAWAN, 15 JULAI – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha berkenan menerima mengadap tetamu-tetamu peribadi dari negara-negara sahabat yang berada di negara ini bagi menghadiri Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda ke-79 tahun.
Menurut kenyataan Pelita Brunei, majlis mengadap tersebut berlangsung di Istana Nurul Iman hari ini, pada sebelah petang.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha mula-mula menerima mengadap, Yang Di-Pertua Negeri Sarawak, Tuan Yang Terutama Tun Pehin Sri Dr Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar dan Toh Puan Fauziah binti Mohammad Sanusi; Premier Sarawak, TYT Dato Seri Setia Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg; Timbalan Premier Sarawak, TYT Dato Paduka Seri Laila Jasa Datuk Amar Haji Awang Tengah bin Ali Hasan selaku Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar II dan Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan, Sarawak; dan Datin Dato Hajah Dayang Morliah binti Datuk Haji Awang Daud.
Juga mengadap kehadapan majlis Baginda ialah Yang Di-Pertua Negeri Sabah, TYT Tun Dato Seri Paduka Datuk Seri Panglima (Dr) Musa bin Haji Aman dan Toh Puan Datin Seri Panglima Datuk Hajah Faridah binti Haji Tussin.
Seterusnya mengadap ialah Menteri Undang-undang dan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Kedua Republik Singapura, TYT Edwin Tong dan Au Huey Ling.
Kemudian mengadap ialah Ketua Dewan Ekonomi Nasional Republik Indonesia, Jeneral (Purn.) Luhut Binsar Pandjaitan.
Juga mengadap, Ketua Turus Pertahanan Angkatan Bersenjata Republik Singapura, Naib Laksamana Dato Paduka Seri Aaron Beng Yao Cheng dan Datin Sharon Koh.
Seterusnya mengadap, Ketua Turus Pertahanan Angkatan Bersenjata Diraja Thailand, Jeneral Dato Paduka Seri Songwit Noonpackdee dan Datin Panyada Noonpackdee.
Sejurus itu Jeneral TNI (Purn.) Dato Paduka Seri Muhammad Andika Perkasa dan Datin Diah Erwiany Perkasa.
Turut mengadap Ketua Pegawai Eksekutif Konsultan Kanan Bedah Kardiotorasik, Institut Jantung Negara (IJN), Dato Sri Dr Mohamed Ezani Md Taib dan Datin Sri Rayslida binti Mohd Rashdan serta para pegawai dari IJN Malaysia.