Sunday, January 12, 2025
28.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Berkenan menganugerahkan Bintang Kebesaran

    Oleh Syahmi Hassan

    Gambar oleh Muiz Matdani & Infofoto

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 JULAI – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha hari ini berkenan berangkat ke Istiadat Mengadap dan Mengurniakan Bintang-bintang Kebesaran sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda Sultan ke-73 tahun di Balai Singgahsana Indera Buana, Istana Nurul Iman.

    Berangkat sama ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi’atul ‘Adawiyyah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah dan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah dan Yang Amat Mulia Pengiran Bini Hajah Faizah serta Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah.

    Turut berangkat ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri ‘Azemah Ni’matul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Nor’ain dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi Kalthum Al-Islam serta ahli-ahli kerabat diraja.

    Juga hadir pada istiadat tersebut ialah tetamu-tetamu khas Kebawah Duli Yang Maha Mulia yang sebelumnya mengadap Baginda Sultan antaranya ialah Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tuan Yang Terutama Tun Dato Laila Utama Pehin Sri Dr. Haji Abdul Taib Mahmud dan isteri; Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Republik Singapura, TYT Heng Swee Keat dan isteri; Setiausaha Kewangan, Republik Filipina, TYT Carlos Garcia Domingues III dan isteri; Menteri Hal Ehwal Ekonomi Malaysia, TYT Datuk Seri Mohamed Azmin bin Ali dan isteri; Ketua Menteri Sabah, TYT Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal dan isteri; dan Timbalan Ketua Menteri dan Menteri Pembangunan Perindustrian dan Usahawan dan Menteri Pembangunan Bandar dan Sumber Asli II Sarawak, TYT Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hasan dan Isteri.

    Istiadat tersebut bermula dengan pengurniaan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia, diikuti dengan pengurniaan bintang-bintang kebesaran Negara Brunei Darussalam kepada 15 orang penerima.

    Keberangkatan balik KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah dan KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha berserta kerabat diraja.
    Baginda Sultan ketika berkenan mengurniakan Darjah Seri Paduka Mahkota Brunei Yang Amat Mulia Darjah Pertama (S.P.M.B.) yang membawa gelaran ‘Dato Seri Paduka’ kepada Haji Marzuke.
    Baginda Sultan berkenan mengurniakan Darjah Seri Paduka Mahkota Brunei Yang Amat Mulia Darjah Kedua (D.P.M.B.) yang membawa gelaran ‘Dato Paduka’ kepada Paul Laverty.
    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah dan KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha berkenan menerima mengadap TYT Tun Dato Laila Utama Pehin Sri Dr. Haji Abdul Taib Mahmud dan isteri.
    Baginda Sultan ketika berkenan menerima mengadap TYT Carlos Garcia Domingues III.
    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah berserta YTM Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah; DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik berserta YAM Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi’atul ‘Adawiyyah; DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen; DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel; YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri ‘Azemah Ni’matul Bolkiah; YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah; YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah; dan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi Kalthum Al-Islam semasa berkenan berangkat ke majlis tersebut.
    DYTM Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah berserta YTM Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah; DYTM Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah berserta YAM Pengiran Bini Hajah Faizah; DYTM Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah; YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah; YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah; YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah; YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna; dan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Nor’ain semasa berkenan berangkat ke majlis tersebut.
    YAM Pengiran Anak Hajah Taiyibah Qalbul Bolkiah dan Pengiran Haji Mohammad Hakimmuddin, YAM Pengiran Muda Dr Abdul Fattaah dan Pengiran Elina Zuraidah, YAM Pengiran Muda Abdul Mu’min serta YAM Pengiran Muda Omar Ali ketika hadir di majlis tersebut.

    Baginda Sultan pada awalnya berkenan mengurniakan Darjah Paduka Keberanian Laila Terbilang Yang Amat Gemilang Darjah Pertama (D.P.K.T.) yang membawa gelaran ‘Dato Paduka Seri’ kepada dua orang penerima iaitu Dato Seri Pahlawan Haji Mohammad Irwan bin Haji Hambali dan Leftenan Jeneral Melvyn Ong Su Kiat.

    Baginda Sultan kemudiannya berkenan mengurniakan Darjah Pahlawan Negara Brunei Yang Amat Perkasa Darjah Pertama (P.S.P.N.B.) yang membawa gelaran ‘Dato Seri Pahlawan’ kepada tiga orang penerima iaitu Pengiran Dato Paduka Haji Mohd Jefri bin Pengiran Haji Abdul Hamid; Laksamana Pertama Haji Othman bin Haji Suhaili @ Suhaily; dan Bregadier Jeneral (U) Awang Mohammad Sharif bin Brigadier Jeneral (B) Dato Paduka Haji Ibrahim.

    Sementara itu, seramai empat orang lagi telah dikurniakan Darjah Seri Paduka Mahkota Brunei Yang Amat Mulia Darjah Pertama (S.P.M.B.) yang membawa gelaran ‘Dato Seri Paduka’ iaitu kepada Yang Berhormat Dato Paduka Haji Hairol Arni bin Haji Abdul Majid; Yang Amat Arif Dato Paduka Steven Chong Wan Oon; Dr Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin dan Haji Marzuke bin Haji Mohsin.

    Kebawah Duli Yang Maha Mulia seterusnya mengurniakan Darjah Seri Paduka Mahkota Brunei Yang Amat Mulia Darjah Kedua (D.P.M.B.) yang membawa gelaran ‘Dato Paduka’ kepada dua orang penerima iaitu Awang Razali bin Haji Badar dan Paul Laverty.

    Manakala seorang penerima telah dikurniakan Darjah Seri Ugama Islam Negara Brunei Yang Amat Bersinar Darjah Ketiga (S.S.U.B.), iaitu Hajah Hamdiah binti Haji Salleh.

    Selain itu, seramai tiga orang penerima telah dikurniakan Darjah Setia Negara Brunei Yang Amat Bahagia Darjah Ketiga (S.N.B.), iaitu Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal, Dr Haji Zulaidi bin Haji Abdul Latif dan Pengiran Dr Haji Mohd Khalifah bin Pengiran Haji Ismail.

    Bagi memberkati majlis, Doa Selamat telah dibacakan oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda