Monday, July 1, 2024
23 C
Brunei

    -

    Berkenan menyaksikan perlawanan amal

    Oleh Fadhil Yunus –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 JUN – Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik berkenan menyaksikan Perlawanan Bola Sepak Amal Pusat Ehsan antara Pasukan Brunei Legends dan Pasukan Brunei Select di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas hari ini.

    Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen berkenan mengetuai Pasukan Brunei Legends manakala Yang Teramat Mulia Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim memimpin Pasukan Brunei Select.

    Turut berangkat Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri ‘Azemah Ni’matul Bolkiah; dan Yang Amat Mulia Pengiran Muda Bahar.

    Keberangkatan tiba Duli Yang Teramat Mulia dijunjung oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi bin Haji Mohamad.

    Peminat dihidangkan dengan persembahan menarik bola sepak apabila Pasukan Brunei Select menang 4-1 menentang Pasukan Brunei Legends.

    Perlawanan tersebut menampilkan bintang bola sepak seperti bekas bintang Liverpool dan Real Madrid, Fernando Morientes; bekas pemain antarabangsa Portugal, Ricardo Quaresma; dan bekas pemain antarabangsa Malaysia, Safee Sali.

    Semua hasil jualan tiket akan disalurkan ke Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam.

    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik berkenan menyaksikan Perlawanan Bola Sepak Amal Pusat Ehsan antara Pasukan Brunei Legends dan Pasukan Brunei Select di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas. Turut berangkat YAM Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah; dan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri ‘Azemah Ni’matul Bolkiah. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    Aksi DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan YTM Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim semasa perlawanan amal berkenaan. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Xi akan lawat Kazakhstan, Tajikistan 2 Julai

    BEIJING, 30 JUN - Presiden China, Xi Jinping akan menghadiri mesyuarat pemimpin dan mengadakan lawatan negara ke Kazakhstan dan Tajikistan mulai Selasa ini, kementerian...