Oleh Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 30 OKT – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, berkenan berangkat ke Majlis Mengangkat Sumpah bagi Timbalan Menteri (Tenaga) di Jabatan Perdana Menteri yang baharu, Haji Mohamad Azmi bin Haji Mohd Hanifah yang berlangsung di Istana Nurul Iman, hari ini.
Berangkat sama ke Majlis berkenaan ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri.
Surat Perintah Lantikan dibacakan oleh Grand Chamberlain, Yang Amat Mulia Pengiran Penggawa Laila Bentara Istiadat Diraja Dalam Istana, Pengiran Haji Alauddin bin Pengiran Paduka Tuan Pengiran Haji Abu Bakar.
Turut hadir di majlis berkenaan ialah Penasihat Khas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Bakti Di-Raja Dato Laila Utama Haji Awang Isa bin Pehin Datu Perdana Manteri Dato Laila Utama Haji Awang Ibrahim, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri serta Setiausaha-Setiausaha Tetap di Jabatan Perdana Menteri.
Haji Mohamad Azmi bin Haji Mohd Hanifah dilantik sebagai Timbalan Menteri (Tenaga) di Jabatan Perdana Menteri pada 24 Oktober 2023.