Oleh Salawati Haji Yahya
Gambar Infofoto
BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Nov – Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah kelmarin berkenan berangkat ke Majlis Perasmian Pameran Darussalam dan Kota Singa: Pameran Brunei-Singapura yang berlangsung di Bangunan Galeri Seni, Dermaga Diraja.
Berangkat sama ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna, Ambassador-at-Large di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan serta Yang Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz.
Majlis perasmian turut dihadiri oleh Timbalan Perdana Menteri Republik Singapura dan Menteri Penyelaras Keselamatan Negara, Tuan Yang Terutama (TYT) Teo Chee Hean berserta isteri, Puan Chew Poh Yim.
– (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)
http://digital.mediapermata.com.bn