BANDAR SERI BEGAWAN, 26 OGOS – Bagi meraikan para graduan yang telah berjaya mendapat segulung ijazah hasil kerja keras sepanjang pengajian dan memperolehi pengalaman pencerahan ilmu, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) mengadakan Mahrajan Hafl al-Takharruj sempena Hafl al-Takharruj ke-9 UNISSA.
Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri telah berkenan berangkat merasmikan Mahrajan Hafl al-Takharruj ke-9 UNISSA di Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Berakas, hari ini.
– (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)