Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 28 FEB – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mui’zzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat merasmikan pembukaan Masjid Baharu Rancangan Perumahan Negara Kampong Panchor Mengkubau bagi menunaikan Sembahyang Fardhu Jumaat yang pertama di masjid berkenaan.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka kemudiannya dijunjung bagi menandatangi plak dan diringi dengan laungan Takbir Allahu Akbar sebanyak tiga kali yang dipimpin oleh Yang Berhormat Pehin Menteri Hal Ehwal Ugama sebagai petanda perasmian pembukaan masjid baharu tersebut dan dikenali sebagai Masjid An-Na’im Kampong Panchor Mengkubau.
Ikut berita lanjut di akhbar Media Permata keluaran 1 Mac.