Saturday, April 19, 2025
31.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Berkenan saksi muzikal ISB

    Oleh Syahmi Hassan

    Gambar oleh Muiz Matdani

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Jan – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, hari ini, berkenan berangkat menyaksikan persembahan pentas muzikal ‘ISB Will Rock You’ di Sekolah Antarabangsa Brunei (ISB).

    Turut berangkat, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel.

    Keberangkatan Baginda Sultan dan Baginda Raja Isteri telah dijunjung oleh Pengerusi Lembaga ISB, Haji Ahmad bin Pehin Orang Kaya Laila Setia Bakti Diraja Dato Laila Utama Haji Awang Isa dan Pengetua Eksekutif ISB, Dr. Steven Geraghty.

    Berkenan menyertai persembahan pentas bersama guru-guru dan para pelajar ISB ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah.

    ‘ISB Will Rock You’ merupakan persembahan pentas yang diadaptasi daripada ‘We Will Rock You Musical’ oleh Ben Elton, yang pernah dipopularkan oleh kumpulan hit rock, Queen.

    Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel berkenan berangkat menyaksikan persembahan pentas muzikal ‘ISB Will Rock You’ di Sekolah Antarabangsa Brunei (ISB).
    Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel berkenan menyaksikan persembahan pentas muzikal ‘ISB Will Rock You’ di Sekolah Antarabangsa Brunei (ISB).
    Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah berkenan membuat persembahan pentas bersama guru-guru dan para pelajar ISB.
    Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah berkenan turut serta membuat persembahan pentas bersama guru-guru dan para pelajar ISB.

    Antara persembahan pentas ‘ISB Will Rock You’ yang diadakan di ISB.

    Produksi tahunan berkenaan berfungsi sebagai platform bagi para pelajar untuk menunjukkan bakat dan kreativiti mereka.

    Persembahan pentas tersebut menceritakan tentang kisah ‘We Will Rock You’ yang berfungsi sebagai kerangka yang membolehkan pelakon untuk menyanyikan lagu hit terbesar kumpulan Queen.

    Ia mengetengahkan kisah masa depan di mana sebuah syarikat perbadanan berkuasa bernama Globalsoft telah mengambil alih dunia, kehidupan dan muzik buatan manusia telah dilarang sepenuhnya; semua orang mempunyai pemikiran yang sama dan hidup dalam keadaan otak mati yang hanya mendengar ‘muzik-gaga’ tidak berjiwa.

    Persembahan pentas muzikal ‘ISB Will Rock You’ juga dibukakan kepada orang ramai esok (13 Januari) pada jam 11:30 pagi dan 6:45 petang, bertempat di ISB.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda