Thursday, March 20, 2025
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Berkenan saksi perlawanan biliard

    Oleh Fadhil Yunus

    MANILA, 5 DIS – Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah, Presiden Majlis Olimpik Kebangsaan Negara Brunei Darussalam (BDNOC) berkenan menghadiri pusingan 16 terakhir perseorangan 10-bola lelaki di antara pemain biliard Brunei Darussalam, Ahmad Taufiq bin Murni dan Do The Kien dari Vietnam di Manila Hotel Tent malam semalam.

    Harapan Brunei memenangi pingat dalam acara perseorangan biliard 10-bola berakhir selepas penyingkiran Ahmad Taufiq dan Muhammad Azim bin Abu Bakar.

    Dalam acara itu, Muhammad Azim diberikan undian lebih sukar apabila namanya muncul bersama bekas juara 8-bola dunia, Dennis Orcollo dari Filipina. Jaguh Filipina itu mempamerkan kemahiran hebatnya di meja untuk memperoleh kemenangan 8-4.

    Pada sesi petang, Ahmad Taufiq disingkirkan dalam peringkat 16 terakhir selepas tewas 9-2 kepada pemain Vietnam dalam beberapa frame terakhir.

    Ahmad Taufiq berjaya memenangi satu mata apabila dia ketinggalan 4-0 tetapi dia seterusnya berjaya mendapatkan satu lagi mata tatkala Do The Kien tidak menunjukkan tanda-tanda menyerah kalah.

    Pasukan biliard, yang hampir-hampir memenangi pingat bersejarah dalam acara beregu lelaki mempunyai satu peluang terakhir dalam acara perseorangan 9-bola di mana kedua-dua pemain snuker kebangsaan akan membabitkan diri.

    Muhammad Azim akan menjadi orang pertama menentang pemain Myanmar, Phone Myint Kyaw dalam 18 terakhir hari ini sementara Ahmad Taufiq akan bermain dalam sesi berasingan.

    DYTM Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah ketika berkenan menyaksikan kejohanan tersebut.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda