Wednesday, July 16, 2025
28.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Berkenan saksikan acara polo

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Ogos – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat bagi menyaksikan penyertaan kontinjen negara dalam acara ekuestrian polo menentang pasukan Malaysia di Equestrian Park Putrajaya dalam Sukan SEA Ke-29 Kuala Lumpur 2017 petang hari ini.

    Keberangkatan tiba Baginda Sultan di Equestrian Park Putrajaya dijunjung oleh Ketua Pegawai Eksekutif Putrajaya Leisure and Service Group, Datuk Badlishah Haji Ahamad, dan seterusnya dijunjung bagi menyaksikan perlawanan polo di antara Negara Brunei Darussalam dengan Malaysia.

    Berkenan mewakili pasukan polo negara ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Mateen, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri ‘Azemah Ni’matul Bolkiah, Yang Amat Mulia Pengiran Muda Abdul Qawi, Yang Amat Mulia Pengiran Muda Bahar dan Awang Mohamad Huzaimi Husin.

    Turut berangkat bagi menyaksikan perlawanan tersebut adalah paduka-paduka adinda dan paduka anakanda Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah selaku Presiden Majlis Olimpik Kebangsaan Negara Brunei Darussalam, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah selaku pengurus pasukan dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah.

    Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan berangkat untuk menyaksikan penyertaan Pasukan Polo Brunei Darussalam menentang Pasukan Malaysia di Equestrian Park Putrajaya. – Bernama
    Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ketika berkenan berangkat bagi menyaksikan penyertaan kontinjen negara dalam acara ekuestrian polo menentang pasukan Malaysia di Equestrian Park Putrajaya dalam Sukan SEA Ke-29 Kuala Lumpur 2017, kelmarin. – Infofoto
    Baginda Sultan, Sultan Selangor, Duli Pengiran Bendahara, Duli Pengiran Digadong, YTM Duli Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan YTM Pengiran Anak Puteri ‘Azemah Ni’matul Bolkiah berkenan bergambar ramai bersama pasukan polo kebangsaan. – Infofoto

    Duli Yang Maha Mulia Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat pulang selepas menyaksikan perlawanan, kelmarin. – Bernama

    YTM Duli Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan YTM Pengiran Anak Puteri ‘Azemah Ni’matul Bolkiah berkenan beraksi menentang Malaysia. – Bernama

    Dalam perlawanan tersebut, Pasukan Polo Negara Brunei Darussalam telah ditewaskan oleh Malaysia dengan kiraan 12-4 dalam empat chaka.

    Pasukan polo negara akan meneruskan perlawanan seterusnya menentang pasukan Thailand di Royal Selangor Polo Club pada Khamis 24 Ogos ini.

    Turut hadir mengiringi Kebawah Duli Yang Maha Mulia di perlawanan polo berkenaan ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof dan Pesuruhjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam ke Malaysia, Dato Paduka Haji Alaihuddin bin Pehin Orang Kaya Digadong Seri Lela Dato Seri Utama Haji Awang Mohd Taha.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda