Oleh Ak Zaki Kasharan
BANDAR SERI BEGAWAN, 5 DIS – Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Haji Muhammad Ruzaini pagi tadi berkenan berangkat menyaksikan Karnival Mini Didi & Friends di Manggis Mall Ballroom, Hua Ho.
Turut menyaksikan karnival ialah anakanda Yang Teramat Mulia, Yang Amat Mulia Pengiran Anak Muhammad Za’eem, Yang Amat Mulia Pengiran Anak Muhammad ‘Aamir dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak ‘Abdul Hakeem.
Karnival muzikal pementasan mini Didi & Friends itu dibawakan oleh Funblocks Edutainment Sdn Bhd dengan kerjasama Starbugs Event Management dan disokong oleh Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri serta Didi & Friends Malaysia dan BIBD ALAF.
Karnival selama tiga hari bermula 3 Disember lalu dimeriahkan dengan pelbagai acara termasuk kuiz dan banyak lagi.
