Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Berkenan saksikan Kejohanan Wusyu Antarabangsa Brunei

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 MEI – Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah, Presiden Majlis Olimpik Kebangsaan Negara Brunei Darussalam (BDNOC) telah berkenan berangkat menyaksikan perlawanan penuh aksi Kejohanan Wusyu Antarabangsa Brunei Pertama selepas perasmian kejohanan yang berlangsung di Pusat Belia, Bandar Seri Begawan, hari ini.

    Majlis perasmian kejohanan berkenaan telah disempurnakan oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi bin Haji Mohamad.

    Turut hadir pada majlis perasmian berkenaan ialah Yang Dimuliakan Pehin Kapitan Lela Diraja Dato Paduka Goh King Chin; Yang Berhormat Lau How Teck; Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Rakyat China ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Xiao Jianguo; Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Dato’ Raja Reza bin Raja Zaib Shah serta jemputan-jemputan khas.

    Presiden Persekutuan Wusyu Brunei Darussalam, Lim Boon Hwa dalam ucapan alu-aluannya mengongsikan bahawa sejak penubuhan persatuan berkenaan 21 tahun yang lalu, selain daripada kejayaan menganjurkan Kejohanan Belia Asia ke-10 pada 2019, ini merupakan percubaan kedua bagi persatuan berkenaan untuk menghoskan pertandingan wusyu serantau dengan matlamat untuk memberikan peluang kepada atlet-atlet muda tempatan untuk bersaing dengan atlet-atlet antarabangsa serta meningkatkan lagi keupayaan setiap atlet.

    Beliau menambah, dengan penganjuran pertandingan seumpamanya, ia akan membantu untuk meningkatkan lagi kemahiran hakim wusyu tempatan dan pengetahuan kakitangan teknikal yang diperlukan bagi pertandingan-pertandingan pada masa hadapan yang amat penting untuk mempromosikan serta meningkatkan standard wusyu di Negara Brunei Darussalam.

    Beliau juga berharap kejohanan itu akan dapat diadakan secara kerap iaitu setiap dua tahun untuk mempromosikan lagi perkembangan wusyu di Brunei dan serantau.

    Majlis kemudian menyaksikan lafaz ikrar kejohanan bagi atlet oleh Basma Lachkar dan Awang Mohd Adi Salihin daripada Pasukan Wusyu Kebangsaan Brunei dan ikrar bagi pegawai teknikal oleh Iwan Kwok dari Indonesia (IWUF).

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi kemudian diperkenalkan kepada pasukan-pasukan yang mengambil bahagian dalam kejohanan berkenaan.

    Lapan pasukan mengambil bahagian dalam kejohanan berkenaan iaitu Pasukan Wusyu Australia, Pasukan Wusyu Brunei, Wen Zhou Yi Tao Quan dari China, Thirteen Dynasties Competitive Wushu Association Hong Kong, Wusyu Aceh, Indonesia, North Sumatra Wushu Indonesia, Ding Feng Wushu Academy, Malaysia, serta Wushu Sport Academy, Malaysia.

    DYTM Paduka Seri Pengiran Bendahara berkenan bergambar ramai bersama para pemenang. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    DYTM Paduka Seri Pengiran Bendahara berkenan mengurniakan pingat kepada pemenang pertama dari Negara Brunei Darussalam. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    DYTM Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah berkenan berangkat menyaksikan Kejohanan Wusyu Antarabangsa Brunei Pertama. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi diperkenalkan kepada pasukan-pasukan yang mengambil bahagian. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    ATAS & BAWAH : Antara peserta dalam kejohanan tersebut yang berlangsung di Pusat Belia Bandar Seri Begawan. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    GAMBAR OLEH RAFI ROSLI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda