BANDAR SERI BEGAWAN, 4 Nov – Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri semalam berkenan berangkat menyaksikan perlawanan antara pasukan Brunei DPMM FC dan Tampines Rovers bagi persaingan Liga Singapura (Liga-S) di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas.
Berangkat sama menyaksikan perlawanan bola sepak tersebut ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik; Yang Teramat Mulia Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim dan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah serta ahli-ahli kerabat diraja yang lain.
Turut hadir menyaksikan perlawanan tersebut ialah Timbalan Perdana Menteri Republik Singapura dan Menteri Penyelaras Keselamatan Negara, Tuan Yang Terutama Teo Chee Hean dan rombongan yang berada di negara ini bagi lawatan kerja Program Pemimpin Muda Singapura. (Klik di sini untuk berita lanjut)