Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Berkenan saksikan perlawanan akhir bola keranjang

    Oleh James Kon –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 SEPT – Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah berkenan berangkat menyaksikan perlawanan akhir bola keranjang antara pasukan Sekolah Antarabangsa Brunei (ISB) dan pasukan Sekolah Antarabangsa Jerudong (JIS) bagi Kategori Perempuan Bawah 18 tahun (B-18) pada Kejohanan Bola Keranjang antara Sekolah AEWON PPE ketiga 2025, hari ini.
     
    Berangkat sama ialah Yang Teramat Mulia Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim; Yang Teramat Mulia Pengiran Muda Muhammad Aiman; serta Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Faathimah Az-Zahraa’ Raihaanul Bolkiah. Turut hadir, Pengiran Haji Salleh Ab Rahaman bin Pengiran Haji Damit dan Suzanne Rahaman Aeby.
     
    Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah yang mewakili pasukan ISB, juga mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut yang diadakan di Gelanggang Bola Keranjang Persatuan Bola Keranjang Brunei (BBA). Pasukan JIS berjaya mencatat kemenangan dengan mata 61-56 ke atas pasukan ISB. Sementara itu, tempat ketiga dimenangi oleh pasukan CHMS BSB selepas menundukkan pasukan St Andrew 53-31.
     
    Penyampaian hadiah kepada para pemenang telah disempurnakan oleh Pengarah Aewon Garment Sdn Bhd, Jennifer Lau. 
     
    YTM Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah berkenan menyaksikan perlawanan bola keranjang yang disertai oleh YTM Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah. Berangkat sama menyaksikan perlawanan itu ialah YTM Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim, YTM Pengiran Muda Muhammad Aiman serta YTM Pengiran Anak Faathimah Az-Zahraa’ Raihaanul Bolkiah. Turut hadir ialah Pengiran Haji Salleh Ab Rahaman dan Suzanne Rahaman Aeby. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    YTM Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah semasa beraksi dalam perlawanan tersebut. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda