Wednesday, February 12, 2025
31.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Berkenan saksikan perlawanan bola sepak

    Oleh Fadhil Yunus –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 JAN – Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah berkenan berangkat menyaksikan perlawanan Liga Super Brunei (BSL) 2024/2025 antara DPMM FC dan Panchor Murai FC di Stadium Mini Jerudong Park, semalam.

    Yang Teramat Mulia Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim turut beraksi dan memimpin DPMM FC sebagai kapten pasukan.

    Berangkat sama ialah Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Pengiran Muda Muhammad Aiman dan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Faathimah Az-Zahraa’ Raihaanul Bolkiah.

    Dalam perlawanan tersebut, DPMM FC mencatat kemenangan besar 8-0 sekali gus mengukuhkan kedudukan di puncak liga dengan kemenangan ke-10 berturut-turut.

    Pasukan DPMM FC ketika ini mengejar gelaran juara BSL yang pertama selepas pasukan senior keduanya ditubuhkan untuk bersaing dalam liga domestik.

    Dengan kemenangan tersebut, DPMM FC ketika ini berada di tangga teratas liga dan diikuti dengan juara bertahan, Kasuka FC.

    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah berkenan menyaksikan perlawanan antara DPMM FC dan Panchor Murai FC di Stadium Mini Jerudong Park, baru-baru ini. Berangkat sama ialah YTM Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah; YTM Pengiran Muda Muhammad Aiman dan YTM Pengiran Anak Faathimah Az-Zahraa’ Raihaanul Bolkiah. – GAMBAR OLEH INFOFOTO
    Aksi YTM Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim ketika bermain untuk pasukan DPMM FC, baru-baru ini. – GAMBAR OLEH INFOFOTO
    Antara yang menyaksikan perlawanan tersebut. – GAMBAR OLEH INFOFOTO

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda