Berkenan saksikan perlawanan polo

Gambar oleh Infofoto

MANILA, 1 DIS – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu‘izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, hari ini berkenan berangkat menyaksikan perlawanan polo di antara pasukan Negara Brunei Darussalam dengan pasukan Republik Indonesia, di Padang Polo Inigo Zobel, Calatagan.

Pada perlawanan polo tersebut, pasukan negara disertai oleh Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri ‘Azemah Ni’matul Bolkiah.

Turut berangkat menyaksikan perlawanan tersebut ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah, selaku Presiden Majlis Olimpik Kebangsaan Negara Brunei Darussalam (BDNOC) dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah serta Yang Amat Mulia Pengiran Muda Abdul Qawi.

Pasukan Polo Negara Brunei Darussalam berjaya meraih pingat gangsa pada perlawanan tersebut.

Turut hadir pada perlawanan tersebut ialah Menteri Hal Ehwal Luar Negeri Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Erywan bin Pehin Datu Pekerma Jaya Haji Mohd Yusof dan Duta Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Republik Korea, Puan Yang Terutama Hajah Johariah binti Haji Abdul Wahab.

Berangkat meninggalkan Republik Filipina

Kebawah Duli Yang Maha Mulia hari ini turut berangkat meninggalkan Republik Filipina selepas menghadiri majlis pembukaan temasya Sukan Asia Tenggara (SEA) ke-30 di Manila.

Sebelum berangkat meninggalkan hotel persemayaman, Doa Selamat dibacakan oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin
Juned.

KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, DYTM Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah dan DYTM Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah berkenan bergambar ramai bersama pasukan polo Negara Brunei Darussalam yang dianggotai oleh DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri ‘Azemah Ni’matul Bolkiah dan Yang Amat Mulia Pengiran Muda Bahar serta delegasi pasukan polo. Turut hadir ialah YAM Pengiran Muda Abdul Qawi.
Baginda Sultan dan DYTM Paduka Seri Pengiran Bendahara ketika berkenan menyaksikan perlawanan polo antara Pasukan Negara Brunei Darussalam dan Pasukan Republik Indonesia.
Baginda Sultan berkenan menadahkan tangan ketika Doa Selamat dibacakan sebelum me-ninggalkan hotel persemayaman.
Baginda Sultan berkenan menerima junjung ziarah sebelum meninggalkan hotel persemayaman.
Pasukan negara yang dianggotai oleh DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri ‘Azemah Ni’matul Bolkiah dan YAM Pengiran Muda Bahar berjaya memenangi pingat gangsa.