Oleh Syahmi Hassan BANDAR SERI BEGAWAN, 1 JULAI – Sejumlah $132,162 hasil daripada Hari Polo Amal 2021 telah diserahkan kepada Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam (Pusat Ehsan) pada majlis yang berlangsung di Istana Nurul Izzah, hari ini. Berangkat ke majlis itu, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Teramat Mulia