KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah, DYTM Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah dan YTM Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah berkenan bergambar ramai bersama pengantin, YAM Pengiran Muda Dr Abdul Fattaah dan Dayangku Elina Zuraidah pada majlis persandingan di Balai Penghadapan Bukit Kayangan, kelmarin.
Oleh Syahmi Hassan
Gambar oleh Muiz Matdani
BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Sept – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja lsteri Pengiran Anak Hajah Saleha telah berkenan berangkat ke majlis bersanding Yang Amat Mulia Pengiran Muda Dr Abdul Fattaah dan Dayangku Elina Zuraidah binti Pengiran Kamaluddin di Balai Penghadapan Bukit Kayangan, hari ini.