Thursday, April 3, 2025
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Berkenan terima junjung ziarah pembesar negara

    Oleh Nurdiyanah R. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 APRIL – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, kelmarin, berkenan menerima mengadap dan junjung ziarah daripada pembesar-pembesar negara, orang-orang kenamaan serta diplomat dan VVIP dalam Majlis Mengadap dan Junjung Ziarah bersempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Istana Nurul Iman.

    Berangkat sama, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi’atul ‘Adawiyyah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah dan Yang Amat Mulia Pengiran Bini Hajah Faizah; serta Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah.

    Juga berangkat ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri ‘Azemah Ni’matul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah; dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi Kalthum Al-Islam; dan cucunda-cucunda Kebawah Duli Yang Maha Mulia serta ahli-ahli kerabat diraja.

    Seperti lazimnya, junjung ziarah para pembesar negara yang terdiri daripada pengiran-pengiran cheteria, menteri-menteri kabinet dan timbalan menteri, ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara, para diplomat dan perwakilan asing ke negara ini, setiausaha-setiausaha tetap juga para pegawai kanan kerajaan bersama isteri masing-masing, kehadapan majlis Baginda Sultan dan Baginda Raja Isteri diadakan pada 1 Syawal selepas sembahyang Sunat Aidilfitri, mencerminkan kemesraan dan ketulusan dalam mengukuhkan hubungan serta melahirkan rasa muhibah yang sudah sekian lama terjalin.

    Pada majlis itu, Baginda Sultan dan Baginda Raja Isteri serta kerabat diraja telah berkenan menerima sembah ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri daripada para pembesar negara dan perwakilan-perwakilan negara-negara sahabat di Negara Brunei Darussalam.

    Pada masa yang sama, menerusi majlis itu, para pembesar negara dan perwakilan negara-negara sahabat berpeluang untuk beramah mesra dengan rakan sejawatan mereka.

    Para tetamu turut disajikan pelbagai aneka juadah hari raya yang sudah setentunya menambahkan lagi rasa kesyukuran dan kegembiraan menyambut hari kemenangan bagi umat Islam.

    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah dan KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, berkenan berangkat ke Majlis Mengadap dan Junjung Ziarah bersempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Istana Nurul Iman, baru-baru ini. Berangkat sama ialah DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah; DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik dan YAM Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi’atul ‘Adawiyyah; DYTM Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah dan YAM Pengiran Bini Hajah Faizah; serta DYTM Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah. Juga berangkat ialah YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah; YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah; YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah; YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri ‘Azemah Ni’matul Bolkiah; YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah; YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah; dan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi Kalthum Al-Islam. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    Baginda Sultan berkenan menerima junjung ziarah daripada pembesar-pembesar negara, orang-orang kenamaan serta diplomat dan VVIP semasa majlis tersebut. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    GAMBAR OLEH RAFI ROSLI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda