KUALA LUMPUR, 28 MEI – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha telah berkenan menerima kunjungan daripada Perdana Menteri Malaysia ,Tuan Yang Terutama Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, dan isteri, Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.
Doa dibacakan oleh Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, Mufti Kerajaan.
Lawatan tersebut diadakan di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur pagi tadi.
