Oleh Sim Y. H. –
BANDAR SERI BEGAWAN, 8 OGOS – Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah, hari ini, berkenan menerima mengadap Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Islam Iran ke Negara Brunei Darussalam yang akan menamatkan perkhidmatannya, Puan Yang Terutama
Homeira Rigi Zirouki.
Dalam majlis mengadap yang berlangsung di Balai Penghadapan, Bukit Kayangan, Duli Yang Teramat Mulia berkenan merakamkan penghargaan atas sumbangan PYT Homeira kepada hubungan kukuh yang dikongsi oleh Iran dengan Negara Brunei Darussalam serta berharap kejayaan beliau dalam tugasannya yang akan datang.



