Monday, September 16, 2024
33.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Berkenan terima mengadap Menteri Pertahanan Malaysia

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 JULAI – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, hari ini berkenan menerima mengadap Yang Berhormat Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin, Menteri Pertahanan Malaysia. Majlis Mengadap tersebut berlangsung di Istana Nurul Iman.

    Menyertai Yang Berhormat Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin, Menteri Pertahanan Malaysia ialah Puan Nur Ezira Mahadi, Kuasa Usaha Sementara, Suruhanjaya Tinggi Malaysia ke Negara Brunei Darussalam dan pegawai-pegawai Kanan dari Kementerian Pertahanan Malaysia.

    Negara Brunei Darussalam dan Malaysia telah menjalinkan hubungan dua hala yang erat dan mesra serta akan melakar detik bersejarah sempena hubungan diplomatik ke-40 tahun pada tahun ini yang mana kerjasama pertahanan di antara kedua buah negara telah mula dimeterai melalui penandatanganan Memorandum Persefahaman dalam kerjasama pertahanan pada 14 Februari 1992.

    DYTM Baginda Sultan berkenan terima mengadap rombongan YB Dato’ Seri Mohamed Khaled, Menteri Pertahanan Malaysia bersama ahli rombongan yang lain.

    Kedua-dua buah negara tersebut telah terlibat dalam pelbagai kerjasama dua hala termasuk mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pertahanan Bersama, latihan ketenteraan bersama, dan program kursus serta aktif dalam kerjasama pelbagai hala khususnya dalam Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) yang menegaskan komitmen kedua-dua buah negara terhadap kerjasama keselamatan serantau.

    Yang Berhormat Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin, Menteri Pertahanan Malaysia dan rombongan berada di Negara Brunei Darussalam bagi lawatan rasmi selama dua hari mulai 8 hingga 9 Julai 2024.

    DYTM Baginda Sultan berkenan terima mengadap rombongan YB Dato’ Seri Mohamed Khaled, Menteri Pertahanan Malaysia. – GAMBAR-GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda