Gambar oleh Infofoto
BANDAR SERI BEGAWAN, 25 SEPT – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha hari ini berkenan menerima mengadap perwakilan asing dan isteri-isteri duta besar dan pesuruhjaya tinggi pada majlis yang berlangsung di Istana Nurul Iman.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri mula-mula berkenan menerima mengadap Pesuruhjaya Tinggi Kanada ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Jeanette Stovel.
Baginda seterusnya berkenan menerima mengadap isteri Duta Besar dan Istimewa dan Mutlak Jepun ke Negara Brunei Darussalam, Yoshiko Yamamoto kemudian isteri Pesuruhjaya Tinggi Republik Islam Pakistan ke Negara Brunei Darussalam, Sakina Aziz.
Baginda akhir sekali berkenan menerima mengadap isteri Duta Besar dan Mutlak Negara Brunei Darussalam Ke Republik Rakyat China, Pengiran Datin Hajah Aisah binti Pengiran Haji Ismail.



