Friday, June 28, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Berkenan terima mengadap YDP Negeri Sarawak

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 JUN – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, hari ini berkenan menerima mengadap Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tuan Yang Terutama Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar, dan isteri, Yang Amat Berbahagia Toh Puan Fauziah Mohd. Sanusi.

    Majlis Mengadap tersebut berlangsung di Cheradi Laila Kenchana, Istana Nurul Iman.

    Baginda Sultan dan Baginda Raja Isteri berkenan menerima mengadap Yang di-Pertua Negeri Sarawak dan isteri. – Gambar oleh Muiz Matdani

    Selesai Majlis Mengadap, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri kemudian berangkat bersama Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak dan isteri menghadiri Majlis Persantapan Tengah Hari di Baiturrahmah, Istana Nurul Iman.

    Berangkat sama ke Majlis-majlis tersebut ialah ahli-ahli Kerabat Diraja.

    Sebelum Majlis Persantapan Tengah Hari bermula, Doa Selamat dibacakan oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.

    Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak dan isteri berada di Negara ini bagi mengadakan Kunjungan Muhibbah selama tiga hari.

    Majlis Persantapan Tengah Hari yang diadakan di Baiturrahmah, Istana Nurul Iman.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Firma Jepun siasat 76 lagi kematian berkaitan suplemen

    TOKYO, 28 JUN - Pengeluar makanan tambahan kesihatan Jepun, Kobayashi Pharmaceutical berkata pada hari ini ia sedang menyiasat 76 lagi kematian yang mungkin dikaitkan...

    Xi bertemu PM Vietnam